SELAMAT DATANG

Friday, November 20, 2009

Majlis Sukaneka Tahunan 2009



Acara Sukaneka telah dijalankan pada 9-13 November 2009 di perkarangan sekolah. Ia bertujuan untk mengeratkan hubungan siratulrahim antara guru-guru, kakitangan sekolah, AJK PIBG, dan murid-murid sekolah ini.


PERKHEMAHAN TAHUN 6 & QIAMULLAIL



Berlangsungnya Program Perkhemahan dan Qiamullail bagi pelajar-pelajar Tahun5 & 6 pada 16-17 Oktober 2009 bertempat di Sekolah Kebangsaan Gemas

Monday, May 25, 2009

Matlamat

1. Matlamat: Terangkan matlamat PSS.
2. Objektif: Berikan beberapa objektif PSS.
3. Misi: Mempunyai satu Misi.
4. Visi: Mempunyai satu Visi.

Sejarah PSS

Sejarah PSS

1. Pengenalan termasuk penubuhan PSS.
2. Latarbelakang PSS.
3. Senarai ringkas penubuhan PSS termasuk GB dan guru GPM.
4. Lokasi beserta gambar dari mula penubuhan hingga sekarang.
5. Pencapaian-pencapaian/anugerah.
6. Lain-lain difikirkan perlu

Berita 2

Pada 16 dan 17 April 2009. Pusat Kegiatan Guru Johol telah mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web khusus kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sebagai langkah persediaan untuk pertandingan Laman Web Majlis Teknopen N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Peserta telah menunjukkan kesungguhan dan minat membina Laman Web Pusat Sumber mereka sendiri. Keseluruhannya sebanyak 17 buah sekolah telah mewujudkan Laman Webnya dengan begitu menarik dan kreatif. En. Shafi’e bin Diron PTP PKG Johol merupakan fasalitator bagi bengkel tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua guru GPM di atas kerjasama dan dapat menyiapkan tugasan mereka.

Berita 1


Rata-rata Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan sedang sibuk mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web Pusat Sumber Sekolah sebagai langkah persediaan pertandingan Laman Web PSS Majlis TEKNOPEN N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Bengkel ini diadakan bagi tujuan melatih Guru Perpustakaan Media (GPM) membina Laman Web PSS sendiri bagi melahirkan guru yang berkemahiran tinggi berkaitan dengan ICT dan mahir dalam penggunaan Laman Web. Sebanyak 5 buah PKG telah mengadakan bengkel tersebut dan akan diikuti dengan PKG yang lain. Tahniah dan syabas kepada guru GPM kerana memberi kerjasama dan sokongan kepada Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan Darul Khusus dan dapat menerbitkan blog. Sekolah manakah yang akan menjuarai pertandingan Laman Web pada bulan Oktober ini..? Sama-sama kita saksikan pada Majlis TEKNOPEN N9.