
Waktu Sekarang
Profil Sekolah

- Sekolah Kebangsaan Gemas
- Telah dibuka pada tahun 1938 dengan jumlah muridnya seramai 100 orang. Kebanyakan murid-murid ini adalah dari taman-taman perumahan yang berhampiran seperti Taman Sungai Gemas, Taman Gemas Indah, Taman Sentosa dan beberapa taman yang lain.Guru Besar yang pertama ialah Encik Mohd Dahan.
SELAMAT DATANG
Monday, May 25, 2009
Berita 1

Rata-rata Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan sedang sibuk mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web Pusat Sumber Sekolah sebagai langkah persediaan pertandingan Laman Web PSS Majlis TEKNOPEN N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Bengkel ini diadakan bagi tujuan melatih Guru Perpustakaan Media (GPM) membina Laman Web PSS sendiri bagi melahirkan guru yang berkemahiran tinggi berkaitan dengan ICT dan mahir dalam penggunaan Laman Web. Sebanyak 5 buah PKG telah mengadakan bengkel tersebut dan akan diikuti dengan PKG yang lain. Tahniah dan syabas kepada guru GPM kerana memberi kerjasama dan sokongan kepada Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan Darul Khusus dan dapat menerbitkan blog. Sekolah manakah yang akan menjuarai pertandingan Laman Web pada bulan Oktober ini..? Sama-sama kita saksikan pada Majlis TEKNOPEN N9.
Warga sekolah
Sekolah

Informasi PSS
Sejarah Jalur Gemilang
Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
RUJUKAN:Amiene Rev